
SOLEHAH BT MOKHTAR ( baju ungu )
AL-FATIHAH BUAT ARWAH SOLEHAH BT MOKHTAR
16 ogos 2010
arwah pergi kerana penyakit demam denggi .
malam itu aku dapat berita yang arwah dimasukkan icu . aku tergamam . arwah tak beritahu aku langsung akan kemasukkan dirinya ke hospital . mood belajarku hilang . fikiran aku mula memikirkan kalau dia ..
aku matikan fikiran itu dengan berdoa agar arwah sihat .
tepat 1 pagi ,mataku susah untuk dilelapkan , hati tidak sedap dan setiap kali aku menutup mata aku terlihat arwah solehah .kenangan bermain di ruang mata .aku bangun berdoa agar arwah dipanjangkan umur .
selepas sahur ,aku dapat panggilan dari izyan yang suara teresak-esak aku dapat mengagak .
" fasih ,solehah sudah meninggal pukul 5.40 pagi tadi . "
air mata aku jatuh tanpa aku minta .hatiku sedih sangat dan aku tak sangka arwah tinggalkan aku semuda ini .
benarlah ketidak izinan mata untuk lelap merealti kenyataan .
selama dua hari aku bagaikan org gila yang menagis hingga nampak kelebaman mata .
Aku terlalu sedih hingga sampai satu saat aku tak boleh nak sedih lagi .
maafkan aku atas segalanya .dan aku halalkan setiap apa yang berlaku .rahsia kau akan ku gengam hingga akhir hayat .
aku relakan kau pergi daripada kau berada di bumi yang tidak memberi ketenangan padamu.
SEMOGA KAU AMAN DI SANA .
No comments:
Post a Comment